Azizan Kembali Bertugas - Berita Semasa | mStar

Azizan Kembali Bertugas

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali bertugas selepas seminggu berada di hospital kerana menghidap keracunan makanan.

Azizan,70, mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darulaman di sini, Rabu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah kelihatan ceria ketika menjawab soalan wakil media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.

"Adakah saya kelihatan tidak sihat," soalnya kepada pemberita.

Azizan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah hujung bulan lalu selepas mengalami keracunan makanan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan