Pengorbanan Pasukan Keselamatan Bantu Bangunkan Negara - Zahid

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengorbanan pasukan keselamatan terutama anggota tentera dan perpaduan kaum yang jitu membantu kerajaan membangunkan negara dalam pelbagai bidang dengan lebih efektif demi keselesaan hidup rakyat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejayaan Malaysia yang bermula sebagai negara pertanian sehingga ke tahap sekarang merupakan pencapaian besar dan signifikan yang mesti dipertahan.

"Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, marilah kita bersama-sama melipatgandakan usaha menambah baik daya saing nasional menerusi kreativiti, inovasi dan mencipta kekayaan baru berasaskan keusahawanana mandiri," katanya di sini, Selasa.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan kementerian itu yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Mohd Zin. Pada majlis itu beliau turut menyampaikan tauliah Lt Kol Kehormat kepada Pengarah Syarikat Multiwing Consortium Sdn Bhd Datuk Abdullah Abu Bakar.

Ahmad Zahid juga mahu rakyat berbilang bangsa memperkukuhkan perpaduan kerana tanpa aspek itu negara tidak akan mencapai tahap sekarang.

"Segala-galanya dilakukan melalui semangat 1Malaysia sehingga ia menjadi simbol kepada kejayaan negara tanpa mengira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun kaum dan saya menyeru supaya kita terus mengekalkan semangat perpaduan ini," katanya.

Beliau berkata terlalu banyak pembangunan yang dikecapi rakyat sekarang berbanding ketika mula merdeka, justeru rakyat harus berterima kasih kepada pejuang serta pemimpin negara yang bertungkus-lumus membangunkan negara sehingga dikenali pada peringkat global. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan