Kwasa Land Jemput Rakan Kongsi Bangunkan Bandar Baru Di Damansara

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kwasa Land Sdn Bhd menjemput penyertaan rakan kongsi untuk mengambil bahagian dalam projek bandar baru Kwasa Damansara seluas 943 hektar di Lembah Kelang.

Kwasa Land, unit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai pemaju induk akan menjalankan latihan prakelayakan untuk mendapatkan pemaju-pemaju yang sesuai untuk menjalankan projek pembangunan besar-besaran itu.

"Pemaju yang berminat akan melalui proses pemilihan yang akan membolehkan kami menilai keupayaan syarikat-syarikat berminat," kata pengarah urusan Mohd Lotfy Mohd Noh.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kwasa Land berkata pemaju boleh melayari laman sesawangnya di www.kwasaland.com.my untuk memuat turun borang prakelayakan.

Tarikh tutup penghantaran adalah 12 tengah hari, 26 September ini.

Mohd Lotfy berkata pembangunan bersepadu itu akan mematuhi semua syarat bagi pelan susun atur induk yang akan diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan negeri Selangor.

"Pembangunan itu dibahagikan kepada beberapa peringkat dan akan dibangunkan secara berfasa menurut jadual induk Kwasa Land," kata Mohd Lotfy.

Terletak di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, projek itu adalah gabungan pembangunan perumahan, komersil, rekreasi, institusi dan fasiliti pelajaran yang akan menampung populasi sasaran seramai 150,000 orang.

Bandar baru ini akan dihubungkan oleh dua stesyen MRT yang akan memudahkan pengangkutan awam bagi mereka yang mahukan hubungan dan kemudahan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Dari kawasan tanah sejumlah 1,277 hektar, 943 hektar diperoleh oleh Kwasa Land manakala kerajaan telah memperoleh 117.4 hektar untuk MRT sementara Institut Penyelidikan Getah mengekalkan 216.5 hektar.

Cadangan pembangunan Kwasa Damansara juga akan menawarkan keperluan eko untuk bandar baru moden, termasuk taman-taman yang luas dan lain-lain penggunaan teknologi mesra alam dalam pembangunan prasarana.

Ciri utama adalah taman hijau sepanjang 7.5 km dan seluas 71.5 hektar. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan