Hotel Crowne Plaza Mutiara & Kompleks Antarabangsa Akan Dirobohkan

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja meroboh dua bangunan milik Tradewinds Corp Bhd, Crowne Plaza Mutiara Hotel dan Kompleks Antarabangsa, bertujuan menjamin kelangsungan pertumbuhan syarikat itu.

Pengerusinya Tan Sri Megat Najimuddin Megat Khas berkata kerja-kerja itu dijangka bermula selewat-lewatnya awal tahun hadapan, dan setakat ini pelan itu masih berjalan mengikut rancangan.

Mengikut perancangan, kedua-dua bangunan yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan bercampur bernilai RM6 bilion yang dijangka siap pada 2020.

Beliau berkata kepada media selepas ditanya mengenai kewajaran melupuskan bangunan terbabit.

Megat Najimuddin berkata sudah tiba masanya Tradewinds mengubah kawasan bangunan terbabit supaya setaraf dengan bangunan-bangunan yang terletak di sekitarnya. "Crowne Plaza Mutiara Hotel dibangunkan sejak tahun 60-an lagi, dan dari segi kemudahan, terutama sistem elektrik dan perparitan, sudah usang," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Hri Raya Tradewinds di sini, Selasa.

"Begitu juga dengan Kompleks Antarabangsa yang ketinggalan zaman. Kami sukar mendapatkan penyewa untuk ruang bangunan pejabat memandangkan kos penyelengaraannya yang agak tinggi," katanya.

Dari segi nilai hartanah, Megat Najimuddin berkata kawasan tanah bangunan ini merupakan yang terawal yang dijual berdasarkan kaki persegi, berlainan dengan trend ketika itu dengan tanah dijual berdasarkan nilai ekar.

"Hotel yang terawal mendapat taraf lima bintang ini juga merupakan kawasan tanah yang pertama yang dijual berdasarkan sekaki persegi, dengan harga pada ketika itu RM20 sekaki persegi.

"Kami telah menjadi penetap trend ketika itu, dan secara tidak langsung membantu melonjakkan industri perhotelan dan hartanah di negara ini," katanya sambil menambah nilai hartanah kawasan terbabit kini menjangkau lebih daripada RM4,000 sekaki persegi.

Ditanya mengenai impak pendapatan tahunan syarikat semasa kerja pembangunan semula dijalankan, beliau berkata perolehan semasa dari kedua-dua bangunan ini hanya sekitar 10 peratus, dan ini tidak memberi impak yang besar ke atas syarikat. "Ini merupakan pengorbanan syarikat untuk menjamin kelangsungan Tradewinds pada masa akan datang, lebih-lebih lagi untuk merebut peluang dengan nilai semasa hartanah yang tinggi di kawasan lokasi premium," kata Megat Najimuddin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan