Azizan Kembali Bertugas Selepas Seminggu Dirawat Di Hospital

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Rabu kembali bertugas dan mempengerusikan mesyuarat exco selepas seminggu dirawat di hospital kerana masalah kesihatan.

Azizan berkata, doktor menasihatkan beliau berehat kerana terlalu banyak aktiviti dilakukannya sepanjang Ramadan selain turut mengalami keracunan makanan.

"Saya berehat, doktor paksa berehat. Sepanjang Ramadan mula 2 Ramadan sampai 29 saya berbuka di semua daerah bersama rakyat kecuali Kubang Pasu dan Kulim/Bandar Baharu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman di sini Rabu.

Azizan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini pada 29 Ogos lepas dan dibenar pulang petang Selasa.

Mengenai cadangan Pemuda Gerakan Kedah baru-baru ini supaya mewujudkan jawatan timbalan menteri besar, beliau berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana dirinya masih mampu menjalankan tugas.

Azizan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, berkata jawatan itu juga tidak diperlukan kerana barisan exco kerajaan negeri boleh menjalankan tugas dengan baik semasa beliau cuti sakit.

Ditanya adakah beliau akan berundur selepas pilihan raya umum akan datang setelah isu berkaitan kesihatannya sering dijadikan alasan supaya berbuat demikian, Azizan berkata perkara itu diserah kepada PAS peringkat pusat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan