Spekulasi Azizan Bakal Disingkir Kembali Diperkatakan

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Spekulasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya, menurut laporan sebuah portal berita.

Memetik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafat, portal itu melaporkan bahawa terdapat kemungkinan Azizan akan digantikan sekiranya ada calon sesuai dikenal pasti.

Difahamkan pemimpin PAS sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Sebuah laman blog pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh beberapa pemimpin PAS untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan Meneteri Besar.

Sementera itu, sebuah blog Unit Media Kedah mendakwa Azizan dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Pemimpin kanan PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul ketika dihubungi menafikan spekulasi itu.

Beliau berkata, jaminan diberikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa Azizan masih boleh mempengerusikan mesyuarat penting cukup untuk membuktikan beliau masih boleh menjalankan tanggungjawabnya.

"Tiada khabar angin mengenai usaha menggantikan Azizan dan kami di peringkat kerajaan negeri tidak pernah mendengar berita seperti itu," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, Azizan sepatutnya dibenarkan untuk berehat secukupnya supaya boleh pulih dengan cepat.

Mohamed Taulan berkata mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri itu dijadualkan diadakan pada Rabu dan akan dipengerusikan oleh Azizan.

"Kehadiran Azizan pada rumah terbuka Hari Raya PAS Kedah membuktikan beliau semakin sihat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan