SMART Hanya Selesai 45 Peratus Masalah Banjir Di KL

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem reka bentuk Lebuhraya Smart yang dibina sejak lima tahun lepas hanya dapat menyelesaikan 45 peratus masalah banjir besar di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata Smart hanya berfungsi mengalih lebihan air di sekitar kawasan liputan Sungai Klang dan Sungai Ampang daripada memasuki pusat bandar.

Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavilion.

Ketika ditemui pada Rumah Terbuka Smart di sini Selasa, beliau berkata bagi kawasan luar dari liputan Smart, banjir diselesaikan oleh beberapa projek lain antaranya Kolam Takungan Batu Jinjang.

Sepanjang tahun ini, katanya, Smart ditutup sebanyak dua kali iaitu pada Mac dan Mei bagi mengelak banjir.

"Walaupun Kuala Lumpur menghadapi kadar hujan yang tinggi, Smart masih boleh menampung dan membuat pengalihan air ke Sungai Kerayong," katanya.

Mengulas dakwaan terowong Smart tidak dapat berfungsi dengan baik dalam beberapa kejadian banjir besar di Kuala Lumpur pada Mac dan Mei lepas, beliau berkata kejadian banjir besar yang melanda Ampang, Bukit Belacan dan Hulu Langat serta Bandar Tun Razak pada Mac dan Mei lepas adalah disebabkan kadar taburan hujan terlalu tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan