PM Harap Rakyat Pahang Terus Beri Sokongan Terhadap Kepimpinannya

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Pahang memberi sokongan padu kepada kepimpinan dan usaha beliau mentadbir serta melakukan pembaharuan kepada negara.

"Kalau sokongan kita sipi-sipi...maka tanpa mandat yang kuat kita (kerajaan) tidak boleh menyakinkan rakyat untuk melakukan apa yang perlu untuk kebaikan negara.

"Kita dapat lihat mutakhir ini bagaimana pembaharuan sedang kita kecapi melalui GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan pelbagai lagi inisiatif termasuk penyenaraian Felda Global Ventures (Holdings Bhd) yang merupakan penyenaraian kedua terbesar di dunia (tahun ini)," katanya.

Najib berucap di hadapan lebih 2,000 anak-anak Pahang yang menetap di ibu kota pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di sini, Isnin.

Perdana Menteri percaya lebih banyak manfaat akan diperoleh oleh Pahang jika rakyatnya saling membantu sesama mereka.

Menurutnya, pembangunan Pelabuhan Kuantan yang akan memasuki fasa seterusnya serta pembinaan kawasan industri di pelabuhan itu akan membawa kemajuan dan pembaharuan lebih bermakna kepada rakyat Pahang.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Rumah Terbuka Khazanah Nasional di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan