'Pelan B' Diperlukan Jika Pusat Undi Dilanda Banjir - Wan Ahmad

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keadaan cuaca akan memainkan peranan utama dalam persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghadapi pilihan raya jika ia diadakan ketika musim monsun timur laut di antara November dan Mac.

Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 10% hingga 20% pusat mengundi di seluruh negara terletak di kawasan rendah yang sering dilanda banjir.

Walaupun monsun timur laut membawa hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak, keadaan cuaca di Kuala Lumpur dan Johor juga terdedah kepada banjir kilat yang turut sukar diramal, katanya.

Wan Ahmad berkata, sebuah pasukan antara-agensi akan ditubuhkan buat pertama kalinya untuk melaksanakan pengurusan pengangkutan pengundi dan kotak undi ke kawasan banjir menggunakan kenderaan tentera.

"Ini adalah 'Pelan B' jika pusat mengundi dilanda banjir atau jika pengundi terperangkap," katanya.

Selain SPR, pasukan antara-agensi itu terdiri daripada polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara dan Pertahanan Awam.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi turut akan bekerjasama dengan suruhanjaya itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan