MRT Corp Nafi Tuduhan Kontraktor Bumiputera Dipinggirkan Dalam Projek MRT

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) menafikan tuduhan bahawa ia meminggirkan anggota Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam menganugerahkan kontrak kepada kontraktor Bumiputera.

"Peranan kontraktor Bumiputera dalam projek Laluan Sungai Buloh- Kajang (SBK) sangat penting.

"Amat tidak benar bahawa MRT Corp telah meminggirkan kontraktor Bumiputera kerana sesetengah pakej eksklusif hanya kepada syarikat Bumiputera dan sebahagian syarikat Bumiputera turut memperoleh kontrak dalam kategori terbuka.

"Selain itu, semua pakej terbuka bagi pembidaan kompetitif, jadi tidak timbul langsung isu dipinggirkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Hamid, dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lebih 17 pakej bernilai RM7.6 bilion telah diberikan kepada syarikat Bumiputera sehingga akhir Julai, katanya.

Beliau berkata ini termasuk 10 pakej bagi sebelum pembinaan (kerja-kerja awal), tiga bagi pakej laluan bertingkat dan satu pakej stesen bertingkat.

"Ini berjumlah 47 peratus daripada pakej yang diberikan setakat ini, yang mana lebih tinggi berbanding sasaran 43 peratus.

"Selain itu, ada 17 pakej lagi yang akan diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera, bernilai RM1.7 bilion. Ini akan meningkatkan jumlah nilai projek yang diberikan kepada Bumiputera kepada RM9.3 bilion," katanya.

MRT Corp juga akan menganugerahkan lebih 200 pakej kepada kontraktor Kelas D,E dan F antara sekarang dan tarikh serahan projek yang disasarkan pada Julai 2017. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan