MKN Terengganu Sedia Hadapi Banjir Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu sudah bersiap siaga menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada Oktober dan November nanti. Setiausaha MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) 16 Ogos lalu, pihaknya berpuas hati dengan segala persediaan yang dirancang.

"Jabatan Pengairan dan Saliran memasang 25 siren amaran banjir di kawasan yang sering berlaku banjir iaitu lima di Besut, Setiu (enam), Kemaman (empat), Hulu Terengganu (lima), masing-masing dua di Dungun dan Marang, serta satu di Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita di majlis jamuan hari raya MKN di sini, Selasa.

Selain itu, JPBN juga memasang empat kamera web di beberapa lokasi berisiko tinggi bagi tujuan memantau keadaan banjir di kawasan tersebut dan boleh ditonton pada waktu sebenar.

Empat lokasi tersebut ialah Kampung Gong Terap dan Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh di Setiu, Jambatan Jertih dan Kampong La di Besut yang dikenal pasti sebagai kawasan paling teruk dilanda banjir.

Selain itu, Tajul Ariffin berkata sebanyak 353 pusat pemindahan banjir akan dibuka untuk menempatkan mangsa banjir berbanding 347 pusat pada tahun lepas.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat juga bersedia stok makanan kering, barangan keperluan diri serta perubatan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata banjir pada tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lepas berikutan jumlah taburan hujan di Terengganu setakat ini hanya 3,400 milimeter.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah taburan hujan ialah 1,500 milimeter namun MKN sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Katanya Polis Diraja Malaysia akan memperbanyakkan sekatan jalan raya dan mempergiatkan rondaan ketika musim tengkujuh bagi mencegah kejadian jenayah.

"Berdasarkan pengalaman kita, terdapat penduduk yang enggan berpindah kerana risaukan keselamatan harta benda mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan