MCA Ipoh Timur Tawar Khidmat Nasihat & Guaman Kepada Mangsa Dera Suami

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: MCA Ipoh Timur pada Selasa menawarkan khidmat nasihat dan guaman kepada seorang wanita di sini, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami.

Ketuanya Datuk Thong Fah Chong berkata pihaknya bersedia membantu wanita itu menyelesaikan masalah keluarga dan suami yang dihadapinya.

"Mangsa boleh menghubungi kami untuk mendapat bantuan berhubung dengan kejadian itu setelah laporan polis dilakukan," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau membuat kenyataan itu susulan penyiaran rakaman kamera litar tertutup berdurasi hampir 12 minit menerusi Internet sejak kelmarin yang memaparkan seorang wanita dipukul dan ditendang seorang lelaki.

Rakaman itu yang menjadi topik hangat dunia maya dimuat naik menerusi laman sosial Facebook wanita tersebut yang menggunakan nama Amanda Fong Kim Yen.

Wanita yang mendakwa berusia 19 tahun itu antara lain menyatakan beliau berbuat demikian sebagai mempertahankan dirinya yang sedang hamil dua bulan dan lelaki yang memukulnya adalah suaminya.

Dia bagaimanapun enggan ditemui pihak yang berkenaan termasuk media.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata polis Sungai Senam telah menerima laporan daripada bapa mangsa yang mendakwa anak perempuannya dipukul oleh suami dalam satu kejadian pada 4.30 petang, 23 Ogos lepas.

"Akibat kejadian mangsa ditahan di wad sebuah hospital swasta di sini selama dua hari bagi mendapat rawatan," katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kes kejadian berpunca daripada masalah keluarga, namun punca sebenar masih disiasat.

Beliau turut mengesahkan mangsa berusia 19 tahun dan sedang hamil dua bulan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan