Keadaan Jerebu Di Ibu Negara Masih Di Tahap Sederhana

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini masih di tahap sederhana dengan Nilai, Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 93.

Selain itu, bacaan di 40 lokasi lain termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berada pada tahap sederhana iaitu di bawah 80 setakat 11 pagi ini, dengan Kuala Lumpur mencatat bacaan 76, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu, jurucakap bahagian udara jabatan itu berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan punca keadaan jerebu di ibu negara pada Selasa, namun keadaan itu dijangka tidak berpanjangan.

"Bagaimanapun keadaan itu bergantung kepada cuaca, kerana jika cuaca kering sepanjang minggu ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Meteoroloji Malaysia, jerebu mungkin boleh berlarutan," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan keadaan panas dan kering di rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober ini.

Bulan lepas, jerebu turut melanda negara berikutan cuaca panas berterusan di rantau ini yang menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan, termasuk kebakaran tanah gambut di Bestari Jaya, Selangor dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia yang mencatat lebih 400 titik panas.

Bagaimanapun keadaan berjerebu itu berkurangan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan