Insiden Ambang Merdeka: Polis Beri Tempoh 24 Jam Serah Diri

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memberi tempoh 24 jam kepada 10 individu yang dikaitkan dengan insiden memijak gambar pemimpin dan membawa bendera 'baru' Malaysia untuk menyerah diri di balai polis berhampiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh berkenaan, tangkapan akan dilakukan.

Mereka diperlukan untuk membantu siasatan insiden terbabit, katanya pada sidang media yang berlangsung pukul 5 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Pada Isnin, Polis Kuala Lumpur mendedahkan 11 keping gambar individu yang dirakam terbabit dalam insiden berkenaan yang berlaku pada Himpunan Janji Bersih pada malam ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 negara 30 Ogos lepas.

Susulan kejadian, polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat insiden yang dilapor berlaku berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 serta 509 Kanun Keseksaan. Pada Selasa seorang daripada mereka ditahan.

Mengulas penahanan pelajar kolej swasta terbabit yang didakwa menunjuk punggung di khalayak ramai, Abdul Aziz berkata polis tidak akan menahan reman pelajar itu jika beliau memberi kerjasama yang baik.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata polis telah menerima lebih 100 laporan polis daripada badan bukan kerajaan serta orang awam di seluruh negara berhubung insiden yang berlaku pada malam ambang Merdeka lalu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan