IKIM Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang Isu LGBT

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mewujudkan satu jawatankuasa khas dalam masa terdekat bagi membincangkan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, jawatankuasa berkenaan akan disertai 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pakar akademik.

"Pihak Ikim akan memilih beberapa orang daripada 50 NGO itu dan akan mengadakan susulan dari semasa ke semasa untuk memantapkan kefahaman mengenai isu ini. "Kita nak sampaikan mesej kepada masyarakat bahawa gaya hidup pergaulan bebas serta seksual bebas ini merupakan sesuatu perkara yang memberi kesan negatif kepada kemajuan dan kestabilan negara," katanya kepada pemberita selepas muzakarah Pakar LGBT: Cabaran dan Penyelesaian di sini, Selasa.

Program itu bertujuan menjelaskan fenomena LGBT dari perspektif undang-undang, sosial, agama dan perubatan; memahami isu berkaitan LGBT seperti isu hak asasi manusia dan kesannya kepada struktur sosial masyarakat serta cadangan penyelesaian terhadap pertembungan antara hak asasi manusia dan hakikat kemudharatan perilaku LGBT.

Nik Mustapha berkata, jawatankuasa itu akan menyerahkan satu laporan kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan berhubung isu berkenaan.

"Laporan yang akan diserahkan ini mesti bersandarkan kepada hujah-hujah dan fakta-fakta serta pemahaman yang berpandukan Al-Quran.

"Jadi ia memakan masa, kita harus duduk bersama dan berbincang supaya kita tidak mengesyorkan sesuatu tanpa memahami permasalahan sebenar yang dihadapi golongan LGBT ini," katanya.

Sementara itu Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Ikim, Enizura Abdul Aziz berkata, media merupakan medium penting untuk memastikan kesedaran mengenai LGBT diterapkan kepada masyarakat.

"Perkara ini perlu dibincangkan secara ilmiah dan akademik. Perkara ini perlu dijelaskan tentang gejala dan masalahnya yang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan masyarakat kita pada masa ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan