Banduan Seumur Hidup Mohon Pengampunan Sultan

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Selepas 32 tahun meringkuk di belakang tirai besi, seorang banduan yang dihukum penjara seumur hidup berharap mendapat pengampunan Sultan Kedah dan dibebaskan.

Mahu dikenali sebagai Pak Man, lelaki berusia 57 tahun itu yang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena atas kesalahan senjata api, berkata dia sudah insaf dan mahu menghabiskan sisa usia menjaga ibu yang sudah tua.

"Walaupun saya berada di sebalik tembok besar, saya bersyukur kerana di sinilah saya belajar macam-macam. Saya juga banyak belajar agama di sini dan siang malam saya berdoa agar Sultan mengampuni kesalahan saya dan bebaskan saya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Pak Man antara banduan yang berpeluang menghadiri sambutan Aidilfitri Banduan Bersama Keluarga di penjara itu hari ini. "Penjara Pokok Sena adalah penjara keempat saya huni. Sebelum ini pada tahun 1979 saya dimasukkan di Penjara Alor Setar, kemudian pada 1984 saya dihantar ke Taiping, tahun 1995 saya dihantar semula ke Alor Setar dan pada tahun 2005 sehingga sekarang saya di bawa ke sini (Penjara Pokok Sena)," katanya. Pak Man berkata jika umurnya panjang, dia berhajat membawa abangnya menunaikan umrah andai dibebaskan kelak.

"Sepanjang saya di sini, abang selalu datang melawat saya. Boleh dikatakan setiap bulan dia akan datang. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan dia terhadap saya," katanya.

Seorang lagi banduan yang menjalani hukuman 36 tahun penjara kerana kesalahan rogol, Mawi, 35, berkata dia bersyukur kerana dirinya terpilih untuk mengikuti program ini.

"Inilah kali pertama saya berjumpa mak saya secara dekat selepas dimasukkan ke sini pada Februari 2007. Saya rasa terharu kerana dapat bersalam dan mencium mak saya hari ini. Walaupun mak saya berkerusi roda, tapi dia datang juga untuk melawat saya di sini," katanya.

Mawi berkata dia bercadang untuk membuka pernigaan menjahit pakaian apabila dibebaskan kelak.

"Walaupun masih panjang perjalanan saya di dalam penjara ini, tetapi itulah perancangan saya apabila dibebaskan kelak.

"Mungkin itu dapat membantu menambah pendapatan keluarga saya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena Jamaluddin Awang Kechik berkata 25 banduan iaitu 19 lelaki dan enam wanita daripada 1,941 banduan di penjara tersebut dipilih bagi mengikuti program itu.

"Mereka dipilih berdasarkan tempoh hukuman dan penglibatan mereka dengan program pembangunan insan iaitu salah satu program pemulihan banduan di sini.

"Apa yang kita tekan di sini adalah untuk menjalinkan persaudaraan dan juga mengeratkan kasih antara penghuni tirai besi dan keluarga mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan