Tolak Anasir Bawa Perpecahan - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat negara ini khususnya golongan muda menolak anasir yang boleh memecah-belahkan perpaduan yang menjadi kekuatan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata anasir-anasir itu akan menggugat pembangunan sosio-ekonomi Malaysia yang sedang menuju ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Ini kerana sudah ada petanda yang mana kerana ideologi politik, kumpulan tertentu membangkitkan perasaan kebencian dan tidak menghormati prinsip asas hubungan baik yang telah kita jalinkan," katanya.

Muhyiddin berkata demikian semasa merasmikan program Karnival Gempak Merdeka 2012 di Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Ahad.

Katanya petanda itu boleh dilihat daripada kelakuan segelintir golongan muda yang tidak menghormati Jalur Gemilang sehingga ada yang mahu menukarnya dengan bendera baru, kononnya ia tidak lagi menggambarkan negara Malaysia sebenar.

Timbalan Perdana Menteri mahu golongan muda kekal memikul tanggungjawab memelihara perpaduan antara kaum supaya Malaysia terus mencapai kemajuan sehingga disegani oleh negara lain di dunia.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut melancarkan program 1Malaysia Youth For You (1M4U) kawasan Pagoh bagi menanam semangat kesukarelawan dalam kalangan golongan muda.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis mesra Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad di Muar dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 30 anak yatim. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan