Tabung Haji Kemuka Rayuan Tambahan Kuota Haji - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Tabung Haji (TH) telahpun mengemukakan rayuan tambahan kuota jemaah haji kepada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan individu dalam senarai menunggu dapat menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan jumlah kouta yang diminta oleh TH daripada kerajaan Arab Saudi itu.

Jamil Khir berkata daripada 936,000 bakal jemaah haji Malaysia yang berdaftar, hanya 28,000 orang layak menunaikan ibadah haji Oktober depan dan selebihnya menunggu giliran yang ditetapkan oleh TH.

Katanya pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan itu bagi membolehkan lebih ramai jemaah turut serta menunaikan ibadah haji.

"Memang kita harapkan kuota tambahan itu dan kita berusaha gigih untuk mendapatkannya. Saya harap jemaah yang dalam senarai menunggu bersabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Tadika Daerah Yan di sini, Isnin.

Jamil Khir berkata semua ini bergantung kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka melihat dari semua aspek, termasuk kes perhimpunan Bersih 3.0 yang melibatkan segelintir rakyat negara ini di Madinah.

Beliau turut merayu jemaah yang akan melakukan ibadah haji agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang boleh menjejaskan imej negara serta hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Jemaah haji perlu ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memastikan hubungan antara kedua-dua negara tidak renggang," katanya.

Mengenai persiapan untuk bakal jemaah haji, Jamil Khir berkata semua persiapan termasuk penginapan, jadual penerbangan dan makanan telah dilakukan dengan sebaiknya. Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan majlis penghantaran jemaah haji di Kelana Jaya, 17 Oktober depan.

Mengulas mengenai tindakan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam ambang Merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas, Jamil Khir berkata perbuatan itu menggambarkan ketiadaan akhlak penyokong pembangkang. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan