Suaram Dan Suara Inisiatif Ada Kaitan Dari Segi Transaksi Dana - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakcob pada Isnin mengakui bahawa terdapat hubungan antara Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif) dari segi transaksi dana.

Beliau berkata, berdasarkan hasil siasatan awal, Suara Inisiatif yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 didapati menyalurkan dana kepada Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Hasil siasatan awal menerusi dokumen dan penyata kewangan Suara Inisiatif didapati mengelirukan dan meragukan.

"Saya akui (kedua-duanya) memang ada kaitan, tetapi perlu disiasat lebih terperinci. Bukan siasat daripada mana wang itu datang tetapi adakah ia mengikut peruntukan Akta Syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita di Ibu Pejabat SSM di sini, Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri, Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish.

Ismail Sabri mengulas mengenai kritikan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) bahawa SSM gagal bertindak terhadap penyelewengan Suaram sehingga kredibiliti dan peranan agensi itu dipersoalkan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan bahawa Suaram adalah sebuah NGO dan bukan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan 1956, di mana kedua-duanya di bawah tanggungjawab SSM.

"Oleh itu, ingin diperjelaskan bahawa Suaram tidak ada kena-mengena dengan SSM tetapi kita sedang menyiasat Suara Inisiatif yang mempunyai hubungan dengan NGO itu berdasarkan hasil siasatan awal.

“Tetapi adakah Suaram mempergunakan Suara Inisiatif, itu kita kena siasat. Kita akan tengok sejauh mana ‘link’ (kaitan) itu," katanya.

Isu penyelewengan Suaram dipersoalkan apabila pengarahnya, Kua Kia Soong pada Selasa minggu lalu mendedahkan bahawa NGO itu menerima dana dari negara asing dan individu di luar negara tetapi merahsiakan jumlah yang diterima serta penyumbang dana dan penaja utama.

Ketika ditanya apakah tindakan SSM sekiranya Suara Inisiatif didapati bersalah, Ismail Sabri berkata, syarikat itu masih disiasat dan belum diputuskan kesalahannya.

“Berdasarkan penemuan awal, antara kebarangkalian kesalahan adalah penyata akaun mengelirukan, tidak mengikut standard perakaunan, tidak memberi gambaran sebenar tentang kegiatan syarikat dan pelanggaran fidusiari oleh pengarah-pengarah Suara Inisiatif (berhubung tadbir urus dan transaksi syarikat),” katanya.

Beliau menambah, ia antara yang dikesan tetapi belum dipastikan sama ada betul atau tidak kerana masih terlalu awal dan sedang disiasat.

“Ia tidak akan mengambil terlalu lama tetapi bergantung pada kerumitan kes. Dari segi dokuman sudah dibuat tetapi jika perlu untuk memanggil setiausaha syarikat, akauntan, juruaudit atau pihak bank berkaitan.

“Lepas siasat, kita akan tutup kes ini dan merujuknya kepada Peguam Negara. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, biarkan mahkamah yang putuskan,” katanya apabila ditanya sama ada Suara Inisiatif akan dibatalkan penubuhan syarikat serta tindakan lanjut terhadapnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan