Selangor Gagal Bezakan Program Rasmi Kerajaan Dengan Politik - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dilihat gagal membezakan program rasmi kerajaan negeri dan program politik apabila menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat pada sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan, Khamis lepas. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu jelas menunjukkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba membawa budaya 'pembangkang' ke dalam pentadbiran negeri ini.

"Mengapa Anwar yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri menjadi tetamu kehormat dalam sambutan ini, dan bukannya dalam kalangan yang memegang portfolio rasmi dalam kerajaan. "Justeru, kami nak mendapatkan penjelasan Menteri Besar sendiri sama ada program sambutan kemerdekaan ini program rasmi kerajaan ataupun program politik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di sini, Ahad.

Noh berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan negeri yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri. Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kerajaan negeri sepatutnya membincangkan sambutan itu di peringkat exco selain jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan sikap lepas tangan Abdul Khalid yang meminta Mohamad Khusrin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri, memberi penjelasan berhubung laporan bahawa kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis itu.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan menafikan kerajaan negeri sengaja membelakangkan Sultan Selangor dalam majlis tersebut.

Beliau berkata Mohamad Khusrin mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput ke malam ambang kemerdekaan kerana baginda dijangka hadir dalam program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos, iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.

Faekah juga berkata program sambutan pada malam kemerdekaan sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan