PM Yakin Kota Belud Terus Jadi Kubu Kuat BN Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.

Najib juga berkata Umno, yang berasal dari Semenanjung, berjaya memecah tembok kesukuan di negeri ini.

"Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha (Datu Harun) (bekas presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno. "Oleh itu, kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) di Kampung Rampayan Laut dekat sini, Ahad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan presiden Usbo, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Najib berkata walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

"Kalau zaman penjajahan dahulu, mereka mendapat menguasai kita selama 400 tahun kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.

"Kita tahu kalau kita berpecah dalam kelompok yang kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional, maka kita akan menjadi masyarakat yang lemah," katanya. Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang kerana 'masa depan rakyat bukan di tangan pembangkang, tetapi di tangan kerajaan BN'.

Beliau berkata rakyat seharusnya memberi sokongan padu dan terus bersama B Nyang mentabdir negara ini dengan baik, serta mengamalkan keadilan secara keseluruhan.

"Hanya kerajaan BN boleh mencorakkan masa depan ke arah yang lebih maju, dan bukan pihak pembangkang yang tidak berupaya di samping penuh dengan banyak pembohongan. "Sebagai contoh, Menteri Besar Selangor sebut manifesto (parti itu) bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan. Kita dalam BN sebut manifesto itu sebagai satu perjanjian untuk kita tepati. Sebab itu, mereka kritik hebat apabila kita pilih tema Hari Merdeka Janji ditepati," katanya.

Sementara itu, Musa menasihati rakyat supaya tidak terperangkap dengan pembangkang.

"Kita akan teruskan perjuangan sehingga ke peti undi sampai kerajaan diterajui BN. Malaysia sudah ada Perdana Menteri yang bagus dan banyak program serta dasar dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata kehadiran ribuan orang pada majlis itu menunjukkan sokongan yang kuat terhadap BN. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan