PM Beri Petunjuk PRU November

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada November depan.

Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubungkait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara.

Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.

Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan.

"Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik," kata kepada penyokong parti namun tidak menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan November untuk mengadakan pilihan raya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perasmian bersama lima bahagian Umno Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Libaran di sini pada Ahad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan