Peniaga Demonstrasi Aman, Mohon Izin Berniaga

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seramai 50 peniaga kecil di Padang Kota Lama di sini mengadakan himpunan aman bagi membantah tindakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang hampir setiap malam melakukan rondaan di kawasan itu dan merampas barang perniagaan mereka.

Penjual aiskrim, Syahir Abdul Rahman, 23, berkata beliau bukan sahaja tidak boleh berniaga selepas baranganya dirampas malah diugut akan dimasukkan ke dalam lokap oleh anggota penguatkuasa berkenaan sekiranya terus berdegil berniaga di situ.

"Bukannya kami tidak cuba memohon lesen, sudah beberapa kali kami minta tapi tidak dapat. Kami pernah adakan pertemuan dengan exco kerajaan negeri untuk kemukakan rayuan tetapi sehingga hari ini tiada jawapan," katanya kepada pemberita malam Ahad.

Peniaga veteran, M. Balakrishnan, 54, berkata sejak 14 tahun menjalankan perniagaan di situ tidak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian.

Beliau yang menyediakan perkhidmatan urut refleksologi berkata semua peniaga di situ tiada punca pendapatan lain dan tidak kisah membayar saman beberapa kali dalam sebulan asalkan barangan mereka tidak dirampas. "Mereka (penguatkuasa) berkawal sampai pukul 12 malam jika terus begini siapa yang hendak beli barang kami," katanya.

Peniaga cenderamata, Nursham Fatihah Zulkifli, 28, berkata jika operasi perniagaan dihentikan, kawasan yang menjadi tarikan pelancong itu akan menjadi lenggang dan gelap.

"Jika kerajaan negeri boleh beri lesen kepada peniaga kecil di Queensbay dan Persiasaran Gurney mengapa tidak boleh buat perkara yang serupa kerana kebanyakan peniaga ini sudah lebih 10 tahun beroperasi dan mereka adalah nadi Padang Kota Lama," katanya.

Peniaga barang mainan, Mahathir Azizan 34, berkata beliau dan peniaga lain tidak menghalang lalu lintas dan sentiasa memastikan kebersihan premis niaga masing-masing justeru beliau berasa hairan mengapa masalah itu masih berlanjutan.

Himpunan aman yang berlangsung kira-kira 30 minit itu bersurai selepas anggota penguatkuasa MPPP beredar. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan