Musa Minta Rakyat Sabah Jauhi Budaya Biadab Benci Pemimpin

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah, khususnya golongan muda, menjauhi budaya membenci pemimpin yang keterlaluan sehingga sanggup memijak gambar dan sebagainya.

Sambil menyifatkan perbuatan tersebut sebagai biadab, Musa berkata perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

"Itu bukan budaya kita dan itu bukan budaya orang Malaysia. Bagi kita di Sabah, kita tidak seharusnya biadab terhadap pemimpin kita...kita seharusnya menghormati orang-orang tua dan pemimpin kita.

"Kita seharusnya berterima kasih kepada pemimpin kita khususnya Perdana Menteri yang begitu prihatin terhadap keperluan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada penuntut baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Likas dekat sini Isnin.

Musa diminta mengulas tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55 Khamis lepas.

Musa berkata Perdana Menteri memperkenalkan bermacam projek dan dasar yang kesemuanya menjurus kepada pembelaan nasib rakyat termasuk anak-anak muda atau pelajar.

"Inikah balasan kepada pemimpin kita yang baik hati? Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih. Jadi saya minta rakyat Sabah jangan ikut budaya yang biadab. Kita bersyukur kepada Perdana Menteri lebih-lebih lagi kepada kerajaan BN (Barisan Nasional)," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peningkatan pelajar di UMS untuk sesi akademik kali ini termasuk pelajar antarabangsa, Musa berkata perkara tersebut satu perkembangan baik yang menunjukkan UMS kini turut terkenal di peringkat antarabangsa.

Untuk sesi akademik kali ini, UMS menawarkan 5,068 tempat berbanding 4,606 tahun lepas, manakala pelajar antarabangsa pula meningkat tujuh peratus.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa berkata kerajaan Sabah akan terus komited dan bekerjasama dalam membantu segala usaha ke arah kemajuan dan peningkatan tahap pendidikan tinggi negara.

Beliau berharap pelajar baharu itu dapat menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran dan tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat yang hanya merugikan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan