Kerajaan Malaysia Tidak Terlibat Pengibaran Jalur Gemilang Pemberontak di Thailand

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kerajaan Malaysia tidak terlibat apabila pemberontak mengibarkan Jalur Gemilang di selatan Thailand pada Jumaat lepas.

Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jen Pol Wichien Potposri hari ini berkata kerajaan Malaysia bukanlah pihak bertanggungjawab di sebalik aktiviti mengibarkan bendera negara berkenaan.

"Thailand dan Malaysia mempunyai hubungan yang sangat baik dan kerjasama yang sangat akrab dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara di sini.

Jalur Gemilang dikibar dengan banyak di Pattani, Yala dan Narathiwat pada Jumaat lepas, serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Bendera itu turut kelihatan dipasang di pokok dan tiang lampu selain dibawa oleh beberapa lelaki.

THAILAND-MALAYSIA 2 (AKHIR) BANGKOK Sebab pemberontak mengibarkan bendera Malaysia di ketiga-tiga wilayah di selatan itu masih samar.

Jen Pol Wichien berkata tidak menjadi kesalahan untuk orang ramai membawa masuk bendera Malaysia melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Komander 4th Army Mej Jen Udomchai Thammasaorath percaya motif pemberontak adalah untuk mewujudkan perselisihan faham antara Thailand dan Malaysia.

"Kami mempunyai hubungan yang sangat mesra. Apa jua yang berlaku tidak akan mewujudkan perselisihan faham antara kedua-dua negara," katanya.

Terdapat lebih 100 serangan dilancarkan di ketiga-tiga wilayah itu Jumaat lepas dengan kes terburuk membabitkan sebuah gedung perniagaan di Narathiwat yang dibom dengan kerugian dianggar berjumlah 60 juta Baht (kira-kira RM6 juta).

Ini kali ke-17 gedung perniagaan itu dibom dalam tempoh tujuh tahun dan serangan terbaru ini adalah yang terburuk.

Serangan bersepadu itu yang dijalankan di tiga wilayah itu dipercayai sempena sambutan ulang tahun Barisan Bersatu bagi Kemerdekaan Pattani (Bersatu).

Bersatu ditubuhkan pada 31 Ogos, 1989 oleh kumpulan pemberontak serpihan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (Pulo), Barisan Revolusi National Melayu Pattani (BRN), Barisan National Pember-Basan Pattani (BNPP) dan Mujahadeen Pattani. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan