Himpunan Hijau Di Raub Gagal Tarik 20,000 Peserta

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Sasaran menarik 20,000 peserta menghadiri Himpunan Hijau anjuran pembangkang di Padang Kompleks Sukan Raub hari ini, bagi membantah penggunaan bahan kimia sianida dalam memproses emas di lombong Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd, gagal kerana ia hanya dihadiri 3,000 orang.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata pihaknya hanya membenarkan perhimpunan itu diadakan selama dua jam bermula pukul 2 hingga 4 petang.

Katanya perhimpunan tersebut telah melanggar dua daripada 16 peraturan atau syarat yang ditetapkan polis.

Beliau berkata dua pelanggaran peraturan itu ialah mengadakan perarakan dan membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun yang mana tindakan akan diambil terhadap penganjur kerana gagal mematuhi syarat berkenaan.

"Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan atau kejadian tidak diingini berlaku dengan kawalan ketat dan pemantauan lebih 300 anggota polis yang turut dibantu anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, kelihatan hadir di perhimpunan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan