Felda Tambah RM100 Juta Pinjaman Kepada Peneroka Bina Rumah Baru

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAHAU: Felda bersetuju menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk memberi kemudahan pinjaman kepada peneroka membina rumah baharu atau membaik pulih rumah sedia ada.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menteri bertanggungjawab ke atas Felda, pada mesyuarat pengurusan Felda baru-baru ini, telah meminta agensi berkenaan menambah peruntukan pinjaman tersebut.

"Oleh itu, kita bersetuju menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk tujuan tersebut. Dengan peruntukan ini kita harap dapat menunaikan kesemua permohonan pinjaman membina rumah baharu atau membaik pulih rumah sedia ada yang masih tertangguh kepada peneroka layak.

"Ia melibatkan antara 5,000 dan 6,000 unit rumah," katanya kepada pemberita selepas majlis Lebaran Kasih Yayasan Felda di Dataran Sri Jempol Raja Alias, dekat sini pada Isnin.

Mohd Isa berkata Felda memberi pinjaman maksimum RM40,000 tanpa faedah kepada peneroka membina rumah baharu atau membaik pulih rumah sedia ada supaya mereka memiliki kediaman lebih selesa dan kelulusan pinjaman itu adalah berdasarkan kepada kelayakan.

Beliau berkata setakat ini Felda telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM600 juta bagi tujuan berkenaan.

"Kita sudah memberi pinjaman membina puluhan ribu buah rumah atau membaik pulih rumah sedia ada tetapi masih tidak mencukupi," katanya.

Sementara itu, katanya Felda kini sedang menaik taraf empat kolejnya iaitu Kolej Yayasan Felda (KYF) Kelana Jaya, KYF Mempada, KYF Raja Alias dan KYF Trolak.

"Dalam usaha kita mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, Yayasan Felda telah mengadakan usahasama dengan City & Guilds London untuk memberi latihan dan sijil kursus bahasa Inggeris.

"Dalam masa terdekat kira-kira 800 pelajar KYF yang telah tamat mengikuti kursus tersebut akan memperoleh sijil mereka. Kita harap ini akan menjadi nilai tambah kepada anak peneroka yang mengikuti pengajian itu di KYF," katanya.

Mengenai program Kasih Felda, beliau berkata agensi itu menyedian peruntukan RM20 juta pada tahun ini untuk program membaik pulih rumah bagi penduduk di kampung tradisional yang berhampiran dengan tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Katanya Yayasan Felda diberi tanggungjawab melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat Felda untuk mengekalkan hubungan erat dan komunikasi yang baik antara masyarakat luar dan komuniti Felda. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan