Dr Renuganth Dilantik TNC Jaringan Industri Dan Masyarakat UPM

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Prof Dr Ir Renuganth Varatharajoo.
Prof Dr Ir Renuganth Varatharajoo.

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan pelantikan Prof Dr Ir Renuganth Varatharajoo sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) universiti itu untuk tempoh tiga tahun, berkuatkuasa mulai 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2015.

UPM dalam satu kenyataannya berkata, Dr Renuganth, 39, menggantikan Prof Dr Tai Shzee Yew yang tamat tempoh memegang jawatan itu pada 31 Ogos lalu.

“Dr Renuganth mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia, Ijazah dalam 'Pelancar dan Satelit' dari Ecole National Supérieure de ľ Aéronautique et de ľ Espace, France serta Iajazah Doktor Falsafah (PhD) dari Technische Universität Dresden, Jerman,” katanya.

Dr Renuganth yang merupakan anak kelahiran Kedah telah berkhidmat di UPM hampir sembilan tahun bermula dengan kerjaya sebagai Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan pada t2003 dan dilantik sebagai Profesor Madya pada 2008 dan kemudiannya Profesor pada 2012.

Beliau menjawat jawatan Ketua Bahagian, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) pada 2011 hingga 2012 sebelum dilantik menjadi Pengarah, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pusat Hubungan dan Jaringan Industri) pada 2012.

“Antara lapangan profesional yang diceburi ialah dilantik sebagai President (International), Committee on Space Research (Cospar).

“Sepanjang perkhidmatan di UPM, beliau sememangnya aktif dalam bidang penyelidikan terutama dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa. Kesarjanaan beliau diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Portfolio yang akan dipegang oleh beliau adalah mengetuai dan bertanggungjawab dalam keseluruhan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) serta menguruskan jaringan UPM dengan industri dan masyarakat dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pengembangan maklumat kepada masyarakat amnya.

“Pelantikan Dr Renuganth akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam memastikan UPM terus kekal sebagai universiti penyelidikan terutama mewujudkan jaringan dengan komuniti yang merangkumi semua kumpulan pemegang taruh seperti industri, alumni, masyarakat serta institusi tempatan dan antarabangsa.

“Pengalaman beliau yang luas dalam bidang penyelidikan mampu mendukung matlamat ketiga Pelan Strategik 2011-2013 UPM iaitu memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu,” kata kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan