Dasar Rentas Sempadan Tidak Ekstensif Walaupun Ekonomi Saling Bergantung - Zeti

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dimensi membuat dasar rentas sempadan tidak meluas di dunia walaupun wujud pergantungan antara sesama ekonomi, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata hubungan dunia yang semakin meningkat merupakan contoh penyebaran luas kejutan kewangan dan ekonomi dalam ekonomi global dan sistem kewangan antarabangsa pada 2008 serta gangguan rangkaian bekalan global yang muncul dari Jepun tahun lepas.

Zeti berkata walaupun berlaku perubahan ini, aturan dasar kerjasama dan pelarasan sesama institusi dan tadbir urus belum mencapai tahap yang setara dengan tahap penyepaduan ekonomi dan kewangan global.

"Walaupun usaha bersendirian oleh sesebuah ekonomi sangat penting dalam memastikan mereka tidak menjadi sumber ketidakstabilan di tempat lain di dunia, mereka tidak lagi menyediakan jaminan kestabilan secara kolektif. "Ekonomi membangun yang lebih terbuka dan bersepadu dengan ekonomi global dan sistem kewangan antarabangsa paling teruk terjejas oleh perkembangan ini," katanya pada Simposium Ekonomi Bank Rizab Persekutuan Kansas City 2012 baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini.

Mengenai Asia, Zeti berkata reformasi kewangan yang pelbagai di beberapa ekonomi membangun, menyebabkan wujud pengantara kewangan dengan modal kukuh dan penimbal mudah tunai, serta pengurusan risiko dan amalan tadbir urus yang ditambah baik.

Ini membolehkan proses pengantara kewangan diteruskan tanpa gangguan semasa krisis kewangan global baru-baru ini, katanya.

Beliau berkata kerangka kerja kawal aturan yang menyeluruh juga disokong oleh aturan pemantauan yang ditambah baik dan pemantauan kawal selia yang lebih jitu.

"Dasar yang pelbagai, termasuk dasar makro berhemat, menjadi sandaran untuk menangani dan mengurus risiko yang muncul akibat meningkatnya ketidakseimbangan dalam sistem kewangan," katanya.

Akhirnya dengan pasaran kewangan yang lebih maju, kejutan dalam sistem kewangan secara menyeluruh dapat ditangani dan ini membolehkan sistem kewangan mengurus aliran mudah yang turun naik dengan ketara, katanya.

Zeti berkata strategi dasar khusus juga diguna pakai bagi mengurangkan prospek aliran tersebut mewujudkan ketidakstabilan. Selain itu katanya, kerajaan-kerjaan Asia juga menangani kenaikan ketara ketidakseimbangan dalam ekonomi, ketika membuat dasar di peringkat nasional dan serantau.

Beliau berkata ketidakseimbangan dalam kalangan ekonomi sangat ketara, namun trend ini tidak diberikan perhatian sejak dua dekad lepas.

"Krisis ekonomi memburukkan trend ini berikutan pengangguran yang tinggi di kebanyakan tempat di dunia.

"Dalam banyak urusan membuat keputusan, ketidakseimbangan ini tidak diberikan pertimbangan. Di Asia, ia ditangani menerusi dua peringat - di peringkat nasional bagi membangunkan sistem kewangan terangkum dan jaringan keselamatan sosial yang lebih baik serta di peringkat serantau," katanya.

Zeti berkata bagi memastikan inisiatif serantau terangkum tanpa mengira peringkat pelaksanaan pembangunan, negara dalam kumpulan akan membangunkan kapasiti dan keupayaan untuk memperoleh manfaat dariapda kemajuan rantau ini. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan