Anggota Umno Perlu Ubah Minda, Terima Calon Ditentukan Pucuk Pimpinan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Barisan Nasional (BN) dan Umno khususnya, perlu mengubah minda dengan menerima calon yang ditentukan pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu perlu bagi memastikan usaha memenangi PRU akan datang dengan majoriti lebih selesa dapat dicapai.

Beliau berkata unsur sabotaj seperti yang berlaku pada PRU lepas juga tidak sepatutnya berulang dan kepentingan parti perlu menjadi keutamaan berbanding kepentingan individu.

"Soal calon yang telah ditentukan pucuk pimpinan, kita harus terima sebagai calon yang mewakili parti yang akan membentuk sebuah kerajaan negeri atau calon yang akan memenangkan parti. "Ia bukan sahaja membentuk kerajaan persekutuan tetapi juga mendapatkan lebih dua pertiga majoriti kerusi di Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Umno Bahagian Shah Alam, yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan jentera B NSelangor supaya melaksanakan tugas dengan penuh komitmen bagi menebus semula kesilapan yang berlaku pada PRU lepas.

Beliau berkata berbanding 2008, 'mood' rakyat terhadap BN di negeri itu dilihat berbeza kali ini, lebih-lebih lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menjadi Pengerusi BN Selangor dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap kawasan yang gagal dimenangi parti itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menawarkan diri membantu memperkuatkan pusat daerah mengundi (PDN) dan jentera parti di Selangor sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang.

Beliau dalam pada itu, meminta anggota parti supaya mendekati pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penentu kemenangan BN.

"Sebanyak 39.5 peratus purata pengundi merupakan pengundi atas pagar dan undi mereka ini ialah penentu kemenangan parti dalam PRU. Kita harus dekati dan yakinkan mereka untuk terus bersama kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan