70 Peratus Wanita Meninggal Dunia Ketika Bersalin Dan Hamil Tidak Merancang Keluarga

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kira-kira 70 peratus wanita Malaysia yang meninggal dunia semasa bersalin atau yang mengalami masalah kehamilan tidak mengamalkan sebarang bentuk perancangan keluarga.

Ini berdasarkan siasatan terhadap kadar kematian ibu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Mohamad Farouk Abdullah.

Beliau berkata perlu ada suatu masa yang optimum di antara kehamilan untuk membolehkan ibu-ibu untuk pulih supaya mereka dapat melahirkan bayi dengan selamat sekali lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan