Rakyat Diminta Sedar Ancaman Jika Pembangkang Terajui Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tindakan kerajaan Selangor membelakangkan Sultan Selangor dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri itu, diharap dapat membuka mata rakyat tentang ancaman yang dihadapi sekiranya pembangkang diberi peluang mentadbir negara.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata Sultan merupakan lambang kedaulatan negeri Selangor dan tindakan itu dianggap berniat jahat dan memperkecilkan peranan institusi raja di negara ini.

"Dalam undang-undang tubuh kerajaan Selangor, Sultan adalah ketua kerajaan dan Menteri Besar adalah ketua eksekutif. Kalau dia tak tahu nak bezakan mana satu ketua kerajaan dan ketua eksekutif, jadi boleh bayangkan kalau dia dapat Putrajaya? "Apa yang akan berlaku dalam sistem pentadbiran kerajaan?," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sepang di sini, Ahad.

Semasa sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dua hari lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah langsung tidak dijemput ke majlis itu, sebaliknya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dijemput sebagai tetamu kehormat dan memberi ucapan pada sambutan itu. Mohd Zin yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang juga berkata penjelasan bahawa Sultan tidak dijemput kerana ia hanya sambutan ambang merdeka juga tidak dapat diterima kerana terdapat perbarisan oleh anggota polis dan tentera pada majlis itu.

"Jadi tentera dan polis ini nak tabik hormat pada siapa? Takkan nak tabik hormat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa Anwar dalam struktur kerajaan Selangor?

"Jika Tuanku tidak dimaklum, tidak dijemput dan tidak diberi pengiktirafan sebagai protokol nombor satu di Selangor, apa mesej yang dia nak bagi? Adakah dia nak ajar rakyat jangan hormat pada Sultan?," katanya.

Ditanya mengenai tindakan peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Dataran Merdeka pada Khamis lepas, Mohd Zin berkata ia merupakan tindakan tidak bertamadun, kebudak-budakan, biadap dan mempunyai mentaliti rendah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan