PM Luluskan RM3 Juta Bina Sekolah Menengah Agama Rampayan Laut

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meluluskan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan Sekolah Menengah Agama Rampayan Laut dekat sini.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bagi memenuhi permintaan penduduk di kampung itu yang memerlukan sebuah sekolah menengah.

Beliau turut menyempurnakan upacara pecah tanah projek itu selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) di kampung itu.

Terdahulu, Najib berkata rakyat sekarang menjadi pewaris dan penentu wawasan 2020 tercapai.

"Kita cuma ada lapan tahun sahaja lagi ke tahun 2020 dan kita nak mentransformasikan negara kita sebagai negara maju. Kita tidak mahu buat kerja sekerat jalan. "Untuk mencapai impian ini, kita mesti menunjukkan bahawa kita mendukung agenda transformasi negara, jangan kita terlampau termakan hasutan pembangkang.

"Jangan kita melatah dengan geletek parti pembangkang dan jangan kita terpedaya dengan janji manis pembangkang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan