Malaysia Masih Selamat Daripada Ancaman Siklon

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih selamat dari ancaman siklon atau puting beliung dan taufan walaupun beberapa negara-negara lain di Asia dilanda bencana alam itu sejak kebelakangan ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, yang merupakan pengasas Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia bagaimanapun berkata, Malaysia tidak dapat mengelak dari kejadian ribut petir, angin kencang dan banjir kilat selain tanah runtuh.

"Namun, Malaysia adalah di peringkat bawah sekali iaitu angin kencang lebih 80 kilometer sejam yang boleh merosakkan harta benda," katanya kepada Bernama.

Dr Ibrahim berkata walaupun tidak terdedah kepada sebarang ancaman, namun Jabatan Kaji Cuaca perlu sentiasa mengetengahkan kejadian angin kencang supaya orang ramai lebih bersedia jika berlaku perkara tidak diingini.

"Apa yang saya perhatikan, Jabatan Kaji Cuaca lebih cenderung buat hebahan mengenai gempa bumi atau tsunami walaupun kejadian tersebut berlaku di luar negara dan jauh dari Malaysia," katanya.

Menurut beliau kesedaran rakyat negara ini mengenai bencana alam khususnya ribut semakin meningkat terutama selepas Ribut Greg yang melanda Sabah pada Disember 1996 dan meragut lebih 200 nyawa.

Katanya, peningkatan kesedaran itu juga disebabkan banyak pendedahan oleh media massa mengenai kesan sesuatu tragedi kepada kehidupan.

Proses sebaran maklumat mengenai isu-isu bencana kini semakin baik, kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan