Kerajaan Selangor Tidak Hormati Institusi Raja - Noh

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Tidak seperti Barisan Nasional (BN), pembangkang memandang rendah kedaulatan institusi beraja negara termasuk dalam acara membabitkan sultan dan rakyat, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar pada Sabtu.

Beliau menarik perhatian bahawa kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhari raya bersama rakyat Selangor telah dihebahkan kepada umum termasuk pihak istana.

"Ini menunjukkan perbezaan bahawa kita menyokong penuh Rukun Negara dan menghormati dan setia kepada raja.

"Tetapi pembangkang pula buat sambutan kemerdekaan di peringkat negeri dan jadikan sambutan itu gelanggang politik, mempergunakannya untuk tujuan politik sehingga sanggup tidak menjemput sultan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Najib.

Noh mengulas tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendakwa rakyat Selangor sudah mula muak dengan cara pakatan pembangkang menguruskan hal ehwal rakyat di Selangor termasuk gemar 'menanam tebu di tepi bibir'.

Katanya ini terbukti apabila pembangkang menabur pelbagai janji pada pilihan raya lepas namun tidak mengotakannya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan