Draf Bajet 2013 Dibentang Ke Kebinet Rabu Ini - Berita Semasa | mStar

Draf Bajet 2013 Dibentang Ke Kebinet Rabu Ini

Diterbitkan: Ahad, 2 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat kabinet Rabu ini, kata Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.

"Kabinet yang merupakan parameter bajet tahun depan akan memperhalusinya sebelm diluluskan... ia perlu mendapat kelulusan Kaninet," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini, Ahad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 20 Sept ini setelah ia dimuktamadkan pada mesyuarat tersebut.

Mengenai cadangan daripada semua pihak, beliau berkata ia akan dipertimbang, dan menambah, bajet tahun depan adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus meningkat.

"Kami menimbang kedudukan kewangan negara... mengenal pasti kaedah untuk mengurangkan hutang negara. Dalam konteks perbelanhaan tetap, ia juga boleh dikurangkan," katanya.

Topik makroekonomi, sektoral dan sosial, yang bincangkan oleh ahli perniagaan dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, juga termasuk dalam penyediaan bajet 2013 yang memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan hutang negara selain membantu rakyat. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan