Tukar Bendera: Anwar Nafi Agenda Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran risalah menukar Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.

Malah Ketua Pembangkang itu dalam nada tegas menempelak pihak yang mengaitkan perbuatan berkenaan dengan gabungan parti pembangkang.

"Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?" katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam, sekumpulan individu tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah agar memilih bendera mirip kepunyaan republik Singapura dan Indonesia dengan warna merah dan putih namun mengekalkan lambang bulan dan bintang yang bewarna kuning seperti Jalur Gemilang.

Risalah berkenaan dipercayai diedarkan peserta 'Janji Demokrasi' anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Pada bahagian bawah risalah itu turut dicetak logo kemerdekaan yang digunapakai pembangkang dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Mengulas lanjut Anwar sebaliknya mendakwa perbuatan berkenaan merupakan maintan politik Umno untuk memburukkan pembangkang.

"Ia bukan cadangan Pakatan Rakyat. Waspada dengan mainan Umno mengalih isu rasuah dan kezaliman," katanya menjawab persoalan sama yang dibangkitkan pengikutnya di Twitter.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan