Saya Tidak Kembali Semula Kepada BN - Lajim - Berita Semasa | mStar

Saya Tidak Kembali Semula Kepada BN - Lajim

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Lajim Ukin menafikan khabar angin bahawa beliau akan kembali semula kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana pemimpin BN di peringkat negeri atau Persekutuan untuk berbincang mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beberapa blog mendakwa bahawa Lajim akan kembali semula kepada BN kerana beliau tidak diberi sebarang 'insentif' seperti dijanjikan pembangkang.

Beliau percaya pemilik blog tersebut cuba untuk menjatuhkan beliau dan membuatkan masyarakat mula hilang kepercayaan terhadapnya.

Lajim turut menegaskan bahawa keputusan yang dibuatkan pada 28 Julai lalu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dilakukan tanpa apa-apa insentif.

"Biarkan saya menjelaskan perkara ini bahawa saya menyertai pembangkang bukan kerana wang. Ia bukan cara pembangkang, mereka tidak membeli sesiapa," katanya.

Lajim yang mengasaskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) mendakwa akan lebih ramai lagi pemimpin BN meninggalkan parti itu pada masa yang sesuai.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan