Pelajar IPT Perlu Cipta Kecemerlangan Akademik - PM

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mengambil peluang itu untuk mencipta kecemerlangan akademik serta meningkatkan pengetahuan sedia ada.

Beliau turut menggesa mereka supaya memupuk budaya inovasi, kreativiti serta memenuhi aspirasi universiti selain menyemat perasaan cintakan agama, bangsa dan negara.

"Semoga saudara dan saudari akan terus mencipta kejayaan akademik di universiti dan seterusnya menjadi generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan," katanya dalam blog 1Malaysia beliau ditujukan kepada pelajar-pelajar baharu IPT 2012.

Najib berkata kemajuan negara yang dikecapi sejak tahun 1957 bukan terbina dengan sekelip mata tetapi ia dibina atas pergorbanan dan usaha berterusan oleh kepimpinan kerajaan sejak Merdeka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT, Perdana Menteri menyifatkannya sebagai episod bersejarah kepada pelajar berkenaan.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara dan saudari atas kejayaan ini dan juga tahniah kepada ibu bapa saudara dan saudari yang semestinya menjadi orang yang paling gembira ketika ini.

"Marilah kita bersama-sama teruskan masa depan yang lebih cemerlang untuk kita semua," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan