Palanivel Nafi Tanding Kerusi Cameron Highland

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menafikan laporan media bahawa beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum akan datang.

"Keutamaan kami ialah untuk memenangi semua kerusi (di mana parti bertanding) tidak kira apa yang berlaku, dan mereka yang dipilih mestilah calon yang diyakini boleh menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengetua Sekolah Tamil di sini, Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Palanivel tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zainal Abidin Ahmad di Hulu Selangor dengan jumlah undi 198 selepas menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990.

Spekulasi bahawa Palanivel akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tersebar luas dalam akhbar berbahasa Tamil sejak beliau mengambil alih jawatan presiden MIC pada Disember 2010.

Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata kerajaan akan mengambil langkah lebih proaktif bagi menaikkan kedudukan 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam negara, termasuk dalam pencapaian akademik.

Beliau berkata sehubungan itu, seorang pakar pedagogi dan kemahiran berfikir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Profesor Dr N.S.Rajendran dilantik sebagai penyelaras bagi membawa transformasi ke sekolah Tamil.

"Kami akan berganding bahu dengan Profesor Rajendran dalam merancang kurikulum, sukan, kemudahan, sukatan pelajaran dan lain-lain untuk sekolah Tamil pada masa depan.

"Semua ini adalah demi masa depan yang lebih cerah dan selamat untuk sekolah terbabit dan pelajarnya," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan