Kegagalam SSM Bertindak Terhadap Suaram Beri Persepsi Negatif - Zamil

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegagalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengambil tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dikhuatiri akan menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap agensi itu.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata kegagalan SSM bertindak pantas terhadap Suaram, yang dilapor mengaku menerima dana asing serta sering menghentam kerajaan, juga menimbulkan persepsi bahawa agensi itu lemah dalam mendukung wawasan negara.

"Selain menimbulkan persepsi betapa lemahnya agensi penguatkuasaan terbabit, ia turut menunjukkan betapa agensi itu menyimpang daripada wawasan kerajaan yang mahukan transformasi berkesan dalam perkhidmatan awam.

"Saya ulangi gesaan JMM (Jaringan Melayu Malaysia) dan Perkasa agar Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Mohd Naim Daruwish) meletakkan jawatan berikutan kegagalan beliau bertindak terhadap Suaram yang berperanan sebagai NGO (badan bukan kerajaan) walaupun didaftar atas nama syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam satu kenyataan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata pertubuhan itu menyifatkan SSM sebagai badan yang tidak efektif kerana gagal bertindak terhadap Suaram.

Khamis lepas, Pengerusi JMM Azwanddin Hamzah turut mendesak Mohd Naim segera meletakkan jawatan kerana gagal menyiasat Suaram yang menerima dana asing seperti diakui sendiri Pengarahnya, Dr Kua Kia Soong.

Zamil berkata rakyat perlu berhati-hati terhadap Suaram dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai apa yang keluar daripada mulut pemimpin mereka.

"Ini kerana aktiviti mereka kebanyakannya memburukkan Malaysia di mata pihak luar berhubung pelbagai isu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan