Jepun Keluarkan Visa Kemasukan Pelbagai Untuk Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa pada Sabtu kerajaan Jepun mengeluarkan visa kemasukan pelbagai untuk rakyat Malaysia di negara ini yang ingin ke Jepun untuk melancong, melawat saudara mara dan tujuan lain.

Visa itu adalah sah untuk tempoh maksimum tiga tahun dengan tempoh penginapan bagi setiap kemasukan pada dasarnya dihadkan 15 hari sahaja.

Kedutaan Jepun, dalam kenyataan di sini menjelaskan bahawa tempoh penginapan untuk setiap kemasukan boleh dilanjutkan kepada 30 hari atau 90 hari bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan oleh kedutaan, Konsul Jeneral dan pejabat konsul Jepun.

Kenyataan itu berkata pemohon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk bekerja dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

Mereka yang pernah ke Jepun sebagai pelawat sementara dalam tempoh tiga tahun lepas juga boleh memohon visa itu.

Borang permohonan boleh didapati di kedutaan Jepun di Kuala Lumpur, pejabat Konsul Jeneral di Pulau Pinang serta pejabat konsul di Johor Baru dan Kota Kinabalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan