Hudud: Pemuda MCA Cabar DAP Nyata Pendirian

Diterbitkan: Sabtu, 1 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mengenai isu hudud dan bukannya mengelirukan orang ramai dengan berdiam diri.

Memandangkan pemimpin PAS tetap dengan perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, pemimpin DAP perlu menyatakan pendirian mereka, kata ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Kami merasakan Pakatan Rakyat perlu jujur mengenai apa yang ingin mereka lakukan dan kesan tindakan tersebut terhadap masyarakat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat ke-23 sayap parti itu di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai temu bual yang disiarkan akhbar harian Cina baru-baru ini yang memetik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai berkata, parti itu akan mencadangkan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk merintis jalan bagi pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Beliau kemudiannya menafikan membuat kenyataan tersebut kepada Sin Chew Daily.

Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi PAS menyatakan bahawa hudud masih kekal sebagai agenda parti.

Mereka berkata, isu sama ada hudud akan dilaksanakan bukan lagi satu persoalan tetapi bagaimana ia akan dikuatkuasakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis berkata, parti itu tidak akan menghentikan perjuangan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Beliau berkata, DAP tidak mempunyai kuasa untuk memaksa PAS menghentikan agenda hududnya.

Dr Wee berkata, PAS tidak pernah menipu mengenai hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud dan mempertikaikan mengapa DAP masih berdiam diri mengenai perkara ini.

"Kami tidak mahu komuniti Cina keliru mengenai isu ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr mengucapkan terima kasih kepada kabinet dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana menawarkan kira-kira 600 pelajar cemerlang dalam STPM dan Matrikulasi untuk melanjutkan pengajian di universiti swasta tempatan.

"Kerajaan mahu mengekalkan bakat-bakat ini supaya mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pemuda MCA akan mengadakan perhimpunan agung parti pada 20 September ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan