PM Janji Terus Kekalkan Kestabilan, Kemakmuran, Kedaulatan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata kerajaan akan terus berusaha mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara untuk generasi muda selaras dengan slogan "Janji Ditepati."

"Bila janji dibuat, kita tepati. Kita janji kestabilan, kita janji kemakmuran," kata Perdana Menteri semasa mengucapkan terima kasih kepada para peserta selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan "55 tahun Merdeka Janji Ditepati" di Dataran Merdeka di sini.

Beliau berkata: "Setelah 55 tahun merdeka, kita telah dapat mewujudkan negara yang stabil dan makmur serta menambah kesejahteraan kepada rakyat. Itulah Janji Ditepati."

Najib yang diiringi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kemerdekaan bersama isteri masing-masing beramah mesra dengan para peserta sebaik tamat majlis itu sebelum menaiki pentas khas untuk menyampaikan ucapan.

Najib yang sebelum itu turut menunjukkan ekspresi "1M4U" kepada para peserta serta melaungkan "1Malaysia" disambut dengan penuh bersemangat oleh para peserta, turut berkata ini semua dilakukan untuk generasi baru, iaitu generasi Y negara, bagi memastikan apabila mereka mengambil alih kepimpinan, negara berada dalam keadaan lebih stabil dan makmur.

"Saya berada di sini untuk anda, kami berada di sini untuk anda dankami melakukan ini untuk anda," katanya.

Perdana Menteri juga turut berterima kasih dan memuji persembahan para peserta yang disifatkan sebagai persembahan yang begitu bertenaga, berinspirasi dan menimbulkan rasa cinta dan kasih kepada negara.

Najib, yang mewakili kerajaan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para perserta atas persembahan tersebut, dan kepada Rais atas kejayaan sambutan hari ini.

Najib, Muhyiddin dan Rais serta isteri masing-masing turut bersama para peserta menyanyikan lagu "1M4U". BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan