PKR Mulakan Jelajah Merdeka Rakyat, Tumpu Kubu Kuat Umno

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat akan memulakan gerakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat PKR’ ke seluruh negara untuk memperjelaskan isu-isu semasa sehingga parlimen dibubarkan, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang dipetik dalam portal berita The Malaysian Insider sebagai berkata, keutamaan adalah di kawasan pendalaman yang merupakan kubu kuat Umno.

“Kita akan bergerak ke pasar malam, kawasan perumahan, masjid dan tempat orang awam berkumpul di seluruh negara untuk perjelaskan isu-isu serta berkempen bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PKR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada malis pelancaran bas Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat PKR di sini Jumaat.

Ia dilancarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri oleh presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Buat pertama kali, parti pembangkang pelbagai kaum itu akan berusaha untuk meraih sokongan dan keyakinan para pengundi terutamanya di kalangan Melayu menjelang pilihan raya umum.

Jelajah yang bermula pada Jumaat itu akan ke Bentong dan Benta di Pahang; Gua Musang, Machang dan Tanah Merah di Kelantan.

Jelajah Merdeka Rakyat akan turut dihadiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada sebelah malam.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, rancangan memiliki bas jelajah itu sebenarnya sudah dirancang sebelum pilihan raya lalu tetapi parti tidak mempunyai kekuatan dan kemampuan ketika itu.

“Hari ini, kita sudah mempunyai kekuatan, jadi kita akan memberi tentangan yang lebih sengit kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya menerusi portal berita itu.

Beliau menambah, kerja-kerja kempen terutama di luar bandar akan menjadi lebih mudah dan penerangan akan sampai ke peringkat akar umbi lebih mudah dengan bas jelajah itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan