Lajim Rancang Tubuh Parti Politik Baru - Berita Semasa | mStar

Lajim Rancang Tubuh Parti Politik Baru

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari ini.

"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan bertanding di bawah parti baharu," kata bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu pada sidang media di sini Khamis.

Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baru itu.

"Kami sudah mempunyai logo dan perlembagaan telah digubal...barisan kepimpinan pun sudah diatur," katanya.

Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang.

Pada bulan lepas, Lajim melepaskan jawatan sebagai Ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort dan tidak sebagai anggota Umno.

Berikutan tindakan itu, pelantikan sebagai timbalan menteri kemudian dibatalkan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan