Kes Tembak Depan Sekolah: Mangsa Bekas Tahanan Ordinan Darurat - KDN

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menegaskan lelaki yang ditembak mati di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, Rabu lepas, bukan pemilik syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan KDN.

Sebaliknya semakan KDN mengesahkan K. Amchuthan, 41, adalah bekas tahanan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, lelaki itu dibebaskan pada 23 Februari lepas.

"Kes itu sedang dalam siasatan polis dan kementerian berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya," katanya.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Amchuthan yang ditembak mati ketika menunggu anak lelakinya yang berusia 16 tahun di hadapan sekolah terbabit, sebagai pemilik sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Dalam kejadian itu, isterinya yang ada di dalam kereta bersama mangsa turut cedera pada bahagian pinggang akibat tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan