Generasi Muda Jayakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bangga melihat pembabitan masyarakat khususnya generasi muda pelbagai kaum menjayakan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada Jumaat.

Beliau berkata, peristiwa atau situasi sebegini adalah sesuatu yang amat tepat dan sesuai dengan keadaan masa kini yang melambangkan generasi muda juga mahu mengekalkan perpaduan sesama mereka.

"Sambutan hari ini nampak meriah, semua orang menyertai, kalau dulu sebahagian sahaja.

"Kali ini, semua orang mengibarkan bendera, nampak meriah sangat. Koreografinya sangat bagus, cara dia atur, menari, menyanyi dan kali ini kita nampak lebih banyak penglibatan orang muda," katanya ketika ditemui selepas sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka di sini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, atur cara atau pengisian persembahan pada Jumaat merangkumi semua aspek yang melibatkan generasi baru.

"Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang datang menyertai sambutan Hari Merdeka dan juga tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

"Persembahan mereka sangat bertenaga, sangat unik dan sangat luar biasa dan semua ini menunjukkan masa depan yang lebih baik bagi negara kita," katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun tidak memberi sumbangan memperjuangkan kemerdekaan negara tetapi mereka telah menyemarakkan semangat kemerdekaan pada Jumaat.

"Kehadiran dan semangat mereka dapat memberi sumbangan yang cukup bererti bukan sahaja kepada diri mereka tetapi juga kepada generasi yang akan datang," katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, komitmen yang ditonjolkan menerusi persembahan mereka membolehkan semangat kemerdekaan itu meresap ke dalam sanubari generasi muda yang lain.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, peserta yang menyertai perhimpunan ini telah menunjukkan sikap masyarakat majmuk pelbagai budaya serta bersatu padu dalam suasana harmoni dan gembira.

"Golongan wanita di Malaysia patut bersyukur kerana di bawah pentadbiran kerajaan sekarang, negara ini dapat memperkasakan status wanita secara komprehensif dan berterusan," katanya.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada Jumaat meriah dengan menampilkan lebih 13,000 peserta perbarisan dan persembahan padang penuh berwarna-warni termasuk tarian 'flashmob' IM4U yang memukau para tetamu kehormat.

Orang ramai juga turut menyanyikan lagu-lagu patriotik yang dikumandangkan sambil mengibarkan Jalur Gemilang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan