Umno Dakwa PAS Manipulasi Kenyataan Tun Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno dakwa PAS manipulasi kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai pepatah Inggeris, 'Better the devil you know than the angel you don’t'.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ayat tersebut telah diterjemahkan dengan pengertian yang salah sedangkan Tun Mahathir memberi pengertian ayat tersebut sebagai sindiran terhadap perilaku masyarakat agar dapat membezakan antara kepimpinan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang.

"Saya merasa kesal dan amat terkilan dengan pakatan pembangkang. Kedangkalan PAS dalam berpolitik amat terserlah kerana saya dapati mereka memahami pepatah Inggeris tersebut tetapi sengaja dimanipulasikan untuk mengelirukan fikiran masyarakat.

"Ini kerana maksud sebenar pepatah tersebut adalah lebih baik berurusan dengan orang yang tidak dikenali daripada bersekongkol dengan pihak yang tidak dikenali yang mungkin akan membawa padah dan menghancurkan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menegaskan, tindakan tersebut menunjukkan PAS semakin ketandusan isu sehinggakan pepatah Inggeris yang digunakan mantan Perdana Menteri itu turut dimanipulasi sebagai bahan propaganda untuk memburukkan kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional.

"Oleh itu, saya menyeru masyarakat agar tidak terpengaruh dengan fahaman songsang pakatan pembangkang yang terserlah lebih cenderung ke arah negatif daripada melakukan kebaikan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan