Tarif Air Tidak Boleh Dinaikkan Sewenang-Wenang: Chin

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Tarif air tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya sebaliknya ia perlu dirunding bersama antara syarikat konsesi, kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata dakwaan kerajaan negeri Selangor bahawa tarif air akan naik mendadak apabila pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan adalah tidak benar kerana kenaikan tarif air adalah berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani ketiga-tiga pihak.

"Pembinaan projek Langat 2 tidak semestinya akan menyebabkan tarif air akan naik. Tarif air bukan sesuatu yang mengikut kos sesuatu projek sebaliknya kadar tarif air akan dirunding bersama syarikat konsesi, kerajaan negeri dan pusat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka KeTTHA di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia di sini Khamis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Timbalan Menteri KeTTHA Noriah Kasnon, Ketua Setiausaha KeTTHA Datuk Loo Took Gee.

Baru-baru ini, Exco Selangor Xavier Jayakumar mendakwa rakyat akan terpaksa membayar tarif air yang lebih tinggi apabila projek Langat 2 yang bernilai RM3,744 bilion dilaksanakan. Katanya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selaku konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin berkata kerajaan pusat mahu projek Langat 2 dilaksanakan pada tahun ini untuk memastikan ia siap menjelang tahun 2015 dan membekalkan 1,130 juta liter air sehari untuk lapan juta pengguna sehingga 2025.

"Projek Langat 2 akan mengambil masa tiga hingga tiga tahun setengah untuk siap. Sekiranya ia tidak dapat siap menjelang tahun 2015, penduduk di sektiar Lembah Klang akan menghadapi masalah air yang teruk kerana projek mitigasi yang dijalankan untuk menambah jumlah air di Selangor sudah tidak mencukupi.

"Maka, kita perlu mendapatkan bekalan air dari luar Selangor, iaitu dari Pahang untuk menampung kegunaan dan permintaan air yang semakin meningkat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan